Brand : LG
Saiz : 42
Model : 42PA4500.ATS
Jenis : Plasma
Ni TV yang aku baru beli hari tu...Tv ni brand LG yang berukuran 42 inch dan jenisnya ialah Plasma...Aku beli Tv ni pn atas sebab2 seperti yang berikut:
- ia menggunakan technology Plasma
- murah & saiz screen yang besar
- input and output connector
Model Plasma yang aku beli ni adalah model Plasma yang paling Latest dalam market dimana TV plasma ini jauh lebih nipis berbanding model Plasma yang terdahulu...sebelum aku pergi kedai nak beli TV pn aku dah buat keputusan nak beli Plasma TV....antara sebabnya aku beli Plasma TV adalah kerana Technology plasma menghasilkan "deep black" yang mana jika di tafsirkan bermaksut hitam yang amat sangat ataupun dalam bahasa inggerisnya "true black" dimana TV jenis LED ataupun LCD tidak dapat hasilkan (kalau dapat hasilkan deep black pn misti tv tu mahal)...
deep black ni bermaksud warna hitam yang dihasilkan memang betul2 hitam....LED dan LCD hanya menghasilkan hitam yang x solid dimana hitam yang dihasilkan macam kelabu2 asap....apa yang best sangat pasal deep black ni???yang best sal deep black ni ialah sesuai untuk orang yang minat tengok movie sebab color yang dihasilkan lebih natural berbanding yang lain...kalau tengok cerita hantu compom lagi seram beb sebab cerita hantu kn selalu scene dia gelap so jadi gelap yang dihasilkan lebih realistik...
mula2 aku pk kalau dapat beli tv harga dalam RM 1500 Plasma saiz paling kecil yang aku nak beli 40 kalau dapat lagi besar lagi bagus...so aku g carrefour tengok satu model samsung ni saiz 40 harga RM1600 then aku g survey dekat giant lak....model yang sama tapi lagi murah...giant jual RM1500 je...so aku pn decide la nk g beli keesokkan harinya....keesokkan harinya sebelum aku g giant aku singgah la dekat kedai barang eletrik dekat rumah aku....then aku tanya salesman kedai tu kalau bajet RM1500 berapa besar saiz tv saya boleh angkat??? dia pn tunjuk la dekat aku several model saiz 40 inci ke atas...dia tunjuk dekat aku model Toshiba 40 LED TV dengan LG 42 Plasma TV....so lepas aku teliti dua model ni, aku pn decide nk amik LG 42 Plasma TV ni....
input and output yang ada dekat tv ni antara sebab aku beli tv ni...yang paling penting 2 HDMI input untuk Modeo Media Player yang aku beli and lagi satu HDMI port untuk Kotak Terbuka....ysng terpenting sekali adalah Optical out yang ada pada tv ni adalah pengaruh terbesar aku beli tv ni....Optical out ni penting sebab aku nak guna untuk Home Theater aku...
Hertz juga penting untuk mereka yang suka tengok Action Movie...sebab Hertz yang dihasilkan oleh tv akan memberi kesan kepada quality yang dihasilkan...senang cakap macam ni la....kalau Hertz dia rendah...action movie akan nampak dia punya sangkut2 tapi x ketera la berbanding Hertz yang besar dia akan lancar je....so Hertz yang paling besar nilainya hanya dihasilkan oleh Plasma TV.
ada satu lagi aku nak bagi tau korang....TV ni berat dia boleh tahan jugak la berat dia....Tv ni berat sebab pannel depan dia menggunakan kaca berbanding plastik yang digunakan pada LED TV....tujuan Tv Plasma menggunakan technology PLASMA RAY (sinaran plasma) bagi menghasilkan warna dan sinaran ini mengeluaran haba yang agak panas pada kaca screen TV....kalau TV korang bawah kipas macam aku x de masalah....suam2 kuku je panasnya....
Hi, Kamu masih simpan TV ini?
ReplyDelete