Pages

Friday 28 December 2012

Barang Sudah Sampai.......From UK : Foam Lance Ebay UK - Bosch Fittings







 


Akhirnya barang yang aku nak dah sampai juga (dah lama sampai...bulan 11.2012)....benda alah nie nama dia foam lance...kalau nak beli benda nie dekat Malaysia jangan harap la ada...mimpi je ar...foam lance nie bertujuan untuk menghasilkan buih2 yang banyak semasa anda membasuh kereta...Foam Lance nie hendaklah dipasangkan  ke Preasure Washer gun...memandangkan aku dah ada Preasure Washer Bosch so jadinya kenalah beli untuk Bosch punya fitting...fitting dia banyak jenis contohnya untuk Karcher 'K' series,Karcher HD/HDS, Kew/Alto, Bosch, Lavor, M22.


(Fittings yang boleh dipilih mengikut Brand Preasure Washer anda)

(Bosch Aquatak 100)


 Memandangkan abang aku belajar dekat UK...aku suruh dia deal dengan orang tu melalui ebay uk lepas barang tu sampai dekat tangan abang aku...dia pos barang tu ke Malaysia...kepada sesiapa yang tertanya2 nak beli dekat mana tu boleh lah click disini....kalau suruh dia poskan kosnya mahal...tu la pasalnya aku suruh abang aku yang poskan balik ke Malaysia lagi murah...

Sebab apa aku beli Foam lance ni sebab kalau koraang pun ada Bosch Aquatak 100 nie korang akan tau macam mana shitnya foam yang dihasilkan daripada foam lance yang disertakan sekali masa pembelian...hasil yang aku dapat daripada foam lance yang baru nie jauh lebih baik berlipat kali ganda daripada yang asal.....baru lah best nak basuh kereta....




 (nie contoh daripada penjual Foam Lance ebay yang aku sertakan dekat atas)



(sekadar contoh : Nie apa yang jadi dekat aku kalau pakai Bosch foam lance)

*hasil ketebalan buih bergantung kepada campuran air dengan sabun dalam botol foam lance (guna air suam untuk hasil lebih baik)

*lebih tebal buih lebih likat sabun (bukan macam air dalam video ke dua)

Wednesday 12 December 2012

TV3 Suku Kaki Pembelit : Mazidul Akmal Jadi Mangsa Keadaan


pada hari sabtu aku x ingat ar tarikh bila tapi dalam bulan 12.2012 ar aku tengok majalah tiga...kali ini tajuk yang diaorang bawakan untuk para penonton adalah isu AES. sepertimana yang kita sedia maklum, sistem AES atau nama panjang dia Automated Enforcement System ini di pasang di seluruh negara dari jalan2 biasa, traffic light, jalan2 besar dan juga lebuh raya...pemasangan ini dilakukan secara berperingkat2...





so bebalik kepada isu Majalah 3, isu dia bawak pada malam tu ialah isu AES....so aku pn tengok ar....bahagian yang menarik perhatian aku adalah bahagian Superbike bawak laju dan juga kereta2 yang bawak laju....masa aku tengok majalah tiga tu aku agak terkejut dan juga pelik...aku pelik sebab wartawan pada masa tu ialah Mazidul Akmal Sidek boleh menyatakan bahawa 2 superbike itu berkuasa "1000cc" dan kelajuan mereka sekitar "250kmj"....macam mana Mazidul boleh tahu superbike tu 1000cc???kelajuan dia 250KMJ??? dengan hanya tengok dari jarak yang jauh dan dari dalam helicopter PLUS...
Pelik bin ajaib ar....

pastu ada satu lagi adegan yang mencuri tumpuan aku ialah Kereta memecut laju dan disyaki sedang berlumba dengan satu lagi kereta....ni lagi satu aku jadi pelik....pelik sebab apa korang tau x....sebab kereta tadi yang berlumba tu masuk RNR...pegawai JPJ yang berada dalam Helicopter bersama wartawan dan juru kamera menelefon squad peronda JPJ lebuh raya untuk menahan pemandu tersebut....yang jadi pelik kat aku sebab moto tadi punya la laju tapi diaorang x call squad peronda pn untuk kejar or tangkap dekat mana2 RNR or Plaza tol.....rupa2 nya gambar ni menceritakan segalanya.....


(Korang nampak x dekat belakang tu Helicopter Plus)


(Pelesit nie rupa2 nya Geng Sendiri)



aku bukan apa...aku pn rasa macam kena tipu...yang kita nie ia2 je pecaya pasal benda2 yang dia tunjuk dekat kita...last2 menipu rupanya....lagi satu aku kesian dekat Mazidul sebab dia yang melaporkan kes nie dia yang kena serang dengan orang awam....padahal bos dia yang suruh buat benda2 nie...










aku kesian dowh dengan Mazidul nie sebab dia jadi mangsa keadaan...dia just buat kerja dia...bagi aku ar kn...aku dah paham sangat dengan bos2 TV3 suku nie sebab diorang nie kan Kroni....so tujuan dia bawak tajuk nie jadi isu yang dimainkan di Majalah 3 adalah bertujuan untuk menghalalkan apa yang dilakukan oleh kerajaan....walaupun ramai rakyat yang menolak AES...bukan saja rakyat menolak malah Pimpinan Pas iaitu Saudara Mahfuz Omar dan juga Ketua Pemuda Umno sendiri kerana masih ada kecelaruan dalam sistem ini...tapi kerajaan masih berdegil dan antara cara menghalalkan AES ini adalah dengan membuat topic bagi rancangan Majalah 3 supaya rakyat dapat memahami...la kononnya...hahhaha

Tuesday 11 December 2012

Handphone Baruku : Galaxy Note 2 N7100










Aku  beli fon nie pada 1/11/2012 seminggu selepas phone nie dilancarkan di Malaysia...aku beli phone nie pun sebab aku minat dengan kelancaran os dia disamping camera 8MP, screen besar, S pen dan processor dia yang gempak....benda yang paling utama sekali aku tukar phone adalah disebabkan sound phone lama aku kurang kuat... aku pakai Htc Evo3d dulu...sound dia menghampakan....






HTC Evo 3D nie memang gempak dari segi Camera 3D dia n HTC sens yang ada...tapi bagi aku apa yang penting sound dia kuat....tu yang aku jual phone nie

sebab apa aku suka note??? nie antara sebab2nya

  • battery tahan lama - x suka charge
  • camera 8MP - gambar dia cantik wo~
  • sound kuat - aku jenis yang suka tinggal phone merata2 dalam rumah...so senang nak dengar n cari...
  • screen besar - suka surf internet, tengok youtube
apa yang aku x suka sal Note 2 nie...
  •  besar sangat...letak dalam poket jeans aku phone nie penuh dalam poket sampai nak terkeluar....
  • terlalu besar - susah nak guna satu tangan
all in all Note 2 terbaik...aku suka~....setakat ni ar...hahhahaha

ABNxcess : The New And The First Cable Tv Provider In Malaysia.

ok...mula - mula sekali aku nak memberi tahu mengkome2 semua yang membaca article yang aku tulis nie...aku x dapat apa2 pun dari review or penulisan aku ni....aku menulis review nie pun pasal aku rasa bangga n puas hati sebab akhirnya ada jugak company di Malaysia nie yang bukak another pay tv station yang boleh compete dengan A$tenuk yang berjuta2 orang Malaysia terpaksa pakai tu....aku cakap pasal compete/bersaing nie sebab apa...bukan lah niat aku nak tunjuk pandai ke apa ke....just aku ada ar sikit ilmu bab2 business n Marketing nie...

tapi sebelum tu aku nak berkongsi sikit ar pasal company nie punya background :
  • CEO - Sreedhar Subramaniam. Facebook Sheedhar Subramaniam
  • Facebook ABNxcess
  • nama asal company nie adalah Nilamas kemudian ditukar kepada ABNxcess
  • penyedia digital cable tv pertama di malaysia
  • pada nov 15 2011 majlis perasmian dijalankan oleh DS Rais Yatim
  • menyediakan services TV, Internet up to 300Mbps dan voice call
  • Partner with Motorola untuk menyediakan barang2 or device seperti STB, modem, encryption and decryption code.
  • terdapat 22 parabolic satellite dish di HQ bertujuan untuk capaian siaran dari luar negara.





Compete/bersaing yang aku maksudkan di sini adalah bersaing dari banyak sudut yang kemenangannya terserlah kepada ABNxcess nie...sebab apa aku cakap macam tu adalah kerana bersaing dari segi harga dengan package yang di tawarkan seperti gambar dekat atas nie jelas menerangkannya dimana harga untuk 50 saluran Tv hanya RM29.99 setiap bulan.



bersaing dari segi yang lain pula contohnya dari segi ganguan siaran Tv, setakat ni mereka menyatakan mereka tidak menerima apa2 aduan dari pelanggan walaupun musim sekarang musim hujan (october/november/december 2012). Sebab apa tiada ganguan siaran tv adalah kerana syarikat ini menggunakan hybrid optical cable dimana saluran tv yang anda terima melalui cabling system bukan sattelite yang A$tenuk guna...ABNxcess juga menyediakan para pelannggan mereka dengan puluhan or maybe ratusan HD channels (x tau berapa banyak sebab x available lagi dekat rumah aku). Kalau korang perasan aku ada mention pasal Hybrid Optical cable...aku nie x pandai sangat tapi tau la sikit2 (kalau salah boleh bg tau dekat comment section). Hybrid Optical cable nie dia sama macam Cable Fiber Optic Unifi yang korang boleh tengok diorang tengah sibuk pasang dekat tiang2 talifon n tanam dalam tanah...ia dimana dapat menyalurkan siaran Tv dalam masa yang sama dapat menggunakan internet berkelajuan tinggi.



Apa yang di maksudkan dengan Cable TV


 aku menulis ini hanya melalui pengetahuan basic aku je....aku x de lah tau sangat pasal benda2 nie....Cable Tv ni senang cakap macam IPTV ar yang mana siaran rancangan tv disalurkan kepada pelangan2 syarikat tv berbayar melalui cara fiber optic cable. Service yang ditawarkan melalui fiber optic cable ini lebih terang gambarnya, soundnya lebih merdu bak buluh perindu dan kelajuannya yang luar biasa...melalui sistem cabling ini siaran tv tidak akan terganggu walau dalam keadaan hujan lebat manapun...tetapi di sebalik kelebihan yang Fiber Optic Cable Tv miliki...ia juga ada kekurangannya seperti sukar untukmendapatkan perkhidmatannya terutama sekali di kawasan2 kampung kerana ini melibatkan pemasangan wire fiber optic bawah tanah or atas tiang di kawasan tersebut...jika dibandingkan dengan Tv Satellite yang mana kita hanya perlu memasang Satellite dish dan menalanya ke satellite yg tertentu...apa yang aku boleh katakan adalah semua ada kekurangannya melainkan Allah tuhan sekelian Alam....


(cable TV Layout)


(Sattelite Tv Layout)



Set Top Box ABNxcess.






Abnxcess telah menandatangani perjanjian dengan Motorola sebagai pembekal kepada company ini dari modem, STB dan pelbagai services serta device2. dekat sini aku nk bagi tau satu je ar...aku suka apa yang company nie buat sebab apa..company ni pilih company yang terkenal (Motorola) dan baik quality barang yang di hasilkan. so pelanggan2 ABNxcess akan dapat barang yang berkualiti ar jawabnya...sebut pasal motorola nie aku ingat satu je ar...Handphone dia hardcore bai....tambah2 lagi razr punya versi...kawan aku baling dekat locker besi sampai pecah screen tercabut battery pn still ok...no hal ar....


Untuk Makluman Lanjut sila lawati ABNxcess


 Or call



The Story about ABNxcess
 

Monday 10 December 2012

Philips DvD Home Theater System









(Sorry Gambar Ada Yang Kabur Sikit N Barang Berhabuk)

Ok.....kali nie aku nk cerita sikit HT (Home Theater) yang aku baru beli jugak ar....harga aku beli lebih kurang dalam RM360 macam tu ar....aku beli nie pun sebab aku geram sangat dekat HT sebab bila kita tengok tv@ a$tenuk dengan sound dari tv rasa macam x puas hati je sebab aku nie suka bunyi yang "rich" bak kata orang putih....maknanya ada bunyi treble n bass....dengan kata mudahnya bunyi tu ada boom n bedesing or bunyi macam dalam pangung wayang....

kalau tengok a$tenuk dengan adanya HT ni baru ar rasa puas sikit sebab bunyi dia ada boom boom pow sikit....x de ar bunyi stereo speaker cabuk dari Tv lama aku tu....hehehehe

aku nie bab2 sound quality nie aku minat sikit.....tu yang aku sanggup kumpul n perabih duit aku untuk beli menatang nie....misti korang tertanya- tanya bunyi dia ok x?? bagi aku ar kn kalau nak beli HT nie kita kena tengok pada saiz speaker, saiz woofer, berapa watt yang sound dia produce (ex: aku punya 300w RMS). So untuk aku punya nie orang cakap ok ar dari x de langsung kn....tp kalau ikut aku ar kn, aku x puas hati lagi sebab bass dia slow sangat walaupun aku dah set dia punya preset EQ to Rock (the loudest Bass) tapi x menganccam jugak...last2 solutionnya aku amik bass 12' inci kereta aku, aku g beli wire speaker dekat jalan pasar pudu....balik aku pasang baru ar ada boom sikit....

*Aku pakai bass kereta aku yg 12' inci tu pn sebab tu je yang tinggal selepas Sound System Kereta aku kena curi seperti yang aku post hari tu*